Thursday 23 February 2012

Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)


Penyakit Kusta atau jua dikenali dengan nama penyakit Hansen merupakan penyakit berjangkit dari jangkitan bacteria Mycobacterium Leprae yang menyebabkan serangan kronik pada kulit dan saraf sehingga kehilangan deria rasa. Kemudia kuman kusta menyerang bahagian hidung, tangan, dan jari. Kusta amat ditakuti sehingga menyebabkan pesakitnya disisihkan kerana takut dijangkiti. Penyakit ini telah menyebabkan pesakitkan mengalami kecacatan kekal dan ia tidak dapat diubati. Pesakit yang menghidapi  penyakit ini akan  ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara ( PKKN ) , Bukit Lagong Sungai Buloh, Selangor. Keluasan tapak sekitar 200 hektar di kawasan lembah yang agak terasing dan terbesar di tanah jajahan British sejak penubuhan 1926 dan yang kedua terbesar di dunia.

Dikawasan ini, pesakit kusta menjalankan aktiviti pemuliharan tanaman benih dan bunga sebagai sumber pendapatan mereka. Uniknya, disini jua mereka mempunyai mata wang tersendiri . Menariknya bunga- bunga di sini sangat cantik ^______^ serta terdapat event semasa kedatangan sy ke sini..







No comments:

Post a Comment